|
SEJARAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN PAHANG Dalam tahun 1899, Residen British telah melaporkan cetusan wabak kejadian penyakit kerbau lembu yang telah menyebabkan kerugian yang beasr kepada rakyat. Mr. T.A. Ford seorang Veterinawan yang baru dilantik di Selangor telah dipinjamkan untuk membantu Pahang mengatasi masalah yang dihadapi. Pada tahun 1910 seorang graduan India Mr. M. Kannabhiran telah dilantik oleh kerajaan negeri dan pada Januari 1913 Mr. H.G simpson, F.R.C.V.S dilantik sebagai Pegawai Haiwan Negeri yang pertama. sepanjang abad lalu Jabatan ini telah berkembang dan bertambah maju dalam menabur bakti kepada penduduk Negeri Pahang.
|