PROGRAM JABATAN
PEJABAT PENGARAH
- Menyediakan kepimpinan dan pengurusan Perkhidmatan Haiwan yang cekap dan berkesan di Negeri
Pahang.
- Memastikan Negeri Pahang sentiasa bebas dari penyakit haiwan dan zoonotik untuk merangsang pelaburan
dalam industri ternakan.
- Membangunkan industri ternakan yang bermapan dan berdaya maju untuk meningkatkan pengeluaran makanan
dari hasilan ternakan.
- Memastikan makanan dari hasilan haiwan selamat untuk
pengguna.
- Memastikan kebajikan haiwan dalam Negeri Pahang
terpelihara.
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran bagi melaksanakan program Perkhidmatan
Haiwan.
- Mengurus dan menyediakan tenaga kerja yang cukup, kompeten dan
berdisiplin.
- Menguruskan kewangan yang teratur dan berhemah bagi peruntukan Mengurus dan Pembangunan serta kutipan
hasil.
BAHAGIAN KESIHATAN VETERINAR
- Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit haiwan dan
zoonotik.
- Menjalankan pembasmian penyakit spesifik berasas ladang dan gerompok untuk membangunkan zon bebas
penyakit.
- Memastikan makanan daripada hasilan haiwan selamat, melalui pengawalan penyembelihan, pemeriksaan kesihatan serta seliaan rumah sembelih dan loji pemerosesan serta pemantauan
residu.
- Mengawalselia pergerakan dan perdagangan ternakan agar mematuhi peraturan import eksport dan
kuarantin.
- Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang berkaitan serta menjaga kebajikan
haiwan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN
- Merancang, melaksana, mengesan dan menilai pelaksanaan projek pembangunan ternakan dan perkhidmatan yang
disediakan.
- Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada pihak pelabur serta memberi bimbingan kepada usahawan yang terlibat dalam industri
penternakan.
- Menjalankan pemantauan perkembangan industri ternakan ruminan, ayam / itik, aneka haiwan dan merangsang
pembangunannya.
- Melaksanakan pembangunan dan pengurusan ladang ternakan dalam meghasilkan baka-baka ternakan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kualiti
genetik.
- Melaksana dan menyelaras aktiviti latihan, pengembangan kepada pelanggan dan anggota
jabatan.
- Melaksanakan usaha menarik pelaburan dalam bidang ternakan melalui penggunaan rezab haiwan dan mengoptimumkan sumber tanah estet di Negeri
Pahang.
PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH
- Menyediakan perkhidmatan veterinar daerah yang cekap, berkesan dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industri
ternakan.
- Melaksanakan projek pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan
usahawan.
- Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan
jabatan.
- Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang di peringkat daerah.