PIAGAM PELANGGAN

KAMI ANGGOTA

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PAHANG BERAZAM MANYEDIAKAN PERKHIDMATAN VETERINAR BERKUALITI KERANA:

TUGAS KAMI BERBAKTI UNTUK ANDA

  1. Perkhidmatan Veterinar Proaktif akan disediakan mengikut temujanji dan jadual.

  2. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan akan dibuat tidak melebihi 3 hari dari tarikh dipohon.

  3. Perkhidmatan rawatan di klinik Veterinar akan dilayan dalam tempoh 1 jam manakala di lapangan dalam tempoh 24 jam.

  4. Khidmat nasihat dan perundingan untuk projek ternakan yang dipohon akan diberi maklumbalas awal dalam tempoh 7 hari.

  5. Perkhidmatan Kesihatan Veterinar untuk pengeluaran permit, sijil, lesen dan kebenaran akan dilayani dalam masa 1 jam.

  6. Maklumat Industri Ternakan yang dipohon telah tersedia akan diberi pada hari yang sama dan dalam tempoh 7 hari sekiranya memerlukan pengolahan.