PERDAGANGAN TERNAKAN
Kami diberi kuasa mengawal perdagangan terrnakan dan produknya demi menjamin kesihatan haiwan dalam negeri serta mengekalkan sesuai untuk perkembangannya.
Kawalan Import dan Eksport dalam Negeri
Pemindahan binatang atau karkas atau sebahagian daripadanya ke dalam atau keluar dari Negeri Pahang atau ke mana-mana kawasan di dalam Negeri Pahang hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
dari kandang yang telah didaftarkan atau punca yang telah diperakui oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang;
mempunyai tanda pengenalan gerompok yang telah didaftarkan;
diperakui oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang sebagai bebas daripada penyakit berjangkit atau tidak bersentuhan dengan binatang yang berpenyakit berjangkit serta memiliki Akuan Kesihatan Veterinar dan
mendapat Akuan Kebenaran Pindah sebagaimana dalam Jadual Pertama dari Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang;
SYARAT AKUAN KEBENARAN PINDAH
| 1. |
AKAUN KEBENARAN PINDAH ini hendaklah dilakukan di tempat, tempoh, tarikh dan cara yang dinyatakn disebelah serta sahlaku untuk satu pemindahan sahaja. |
|
| 2. |
Pemindahan haiwan dan bahan haiwan MESTI beserta dengan AKUAN KESIHATAN VETERINAR |
|
| 3. |
Pemegang AKUAN KEBENARAN PINDAH hendaklah membenarkan pegawai yang diberi kuasa oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan memeriksa dan menandakan haiwan |
|
| 4. |
AKUAN KEBENARAN PINDAH asal hendaklah sentiasa bersama haiwan dan bahan haiwan yang dipindahkan dengan satu dokumen pada setiap kenderaan untuk memudahkan pemeriksaan oleh pihak berkuasa. |
|
| 5. |
Haiwan dan bahan haiwan ini hendaklah dihantar terus ke tempat yang dinyatakan. |
|
| 6. |
Pemegang AKUAN KEBENARAN PINDAH hendaklah melaporkan ketibaan haiwan dan bahan haiwan kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah berhampiran. |
|
| 7. | Kegagalan mendapatkan AKUAN KEBENARAN PINDAH ini sebelum sesuatu pemindahan dijalankan telah melanggar peruntukan di bawah Ordinan Binatang 1953 dan boleh didakwa di Mahkamah |
SYARAT AKUAN KESIHATAN VETERINAR
| 1. |
AKAUN KESIHATAN VETERINAR ini hendaklah dilakukan di tempat, tempoh, tarikh dan cara yang dinyatak di muka sebelah |
|
| 2. |
AKUAN KESIHATAN VETERINAR sahlaku sekali untuk satu tujuan sahaja. |
|
| 3. |
Pemegang hendaklah membenarkan pegawai yang diberi kuasa oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan memeriksa dan menandakan haiwan dan bahan haiwan ini jika diperlukan. |
|
| 4. |
AKUAN KESIAHATN VETERINAR hendaklah sentiasa bersama haiwan dan bahan haiwan berkenaan bagi memudahkan pegawai yang diberi kuasa oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk memeriksanya. |
|
| 5. |
Kegagalan untuk mendapatkan AKUAN KESIHATAN VETERINAR untuk tujuan pindah atau sembelih merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Binatang 1953 dan boleh didakwa di Mahkamah. |
Pusat Panggilan Perkhidmatan Veterinar JPH Pahang: 09-5149666