PERHIMPUNAN DWIBULANAN BIL2/2017 DVS PAHANG

5 April 2017 (Rabu) - Perhimpunan Dwibulanan kali ke 2 untuk tahun 2017 telah diadakan di Dewan Makmur, DVS Pahang. Ianya dihadiri oleh semua PPV Daerah, Ketua-ketua Bahagian dan Unit, Makmal Veterinar Kawasan Kuantan, Bahagian Penguatkuasa, Pegawai KTS dan IBVK Jerantut. Selain itu,semua anggota di Ibu Pejabat DVS Pahang juga hadir ke Perhimpunan ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pahang, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Wan Hazwan bin Wan Idris. Seterusnya pembacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Integriti yang diketuai oleh En. Osman dan En. Norman. Sesi pengucapan Awam pula oleh Cik Fazila bt. Hassan, PPVD Bentong. Majlis diakhiri dengan penganugerahan Sijil Penghargaan kepada anggota yang terlibat membantu DVS Kelantan dalam mengawal wabak HPAI baru-baru ini.

Antara intipati ucapan oleh YH Dato' Dr. Norlizan bin Mohd Noor, Pengarah DVS Pahang ialah:

  1. Perlunya ada pelapis dalam jabatan yang boleh diketengahkan menjadi pengacara majlis dan pembaca doa. Perhimpunan sebegini boleh dijadikan platform untuk penyesuaian diri berucap dikhalayak ramai.
  2. Pelru menilai diri sendiri, apakah yang telah kita sumbangkan kepada DVS Pahang, Kerajaan Negeri dan Perkhidmatan Awam keseluruhannya sepanjang 95 hari kita telah berada di tahun 2017 ini.
  3. Menekankan prinsip "Solidariti Veterinar" iaitu bekerjasama, saling hormat menghormati dan sikap "Give and Take" dalam menjalankan perkhdmatan.
  4. 3 prinsip yang perlu ada dan menjadi pegangan warga DVS Pahang bagi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik iaitu IAT - I (Integriti), A (Akauntabiliti), T (Transparency)
  5. Kegiatan atau aktiviti anggota tidak seharusnya bergantung kepada DVS Pahang sahaja. Gunakan saluran lain seperti Kelab Veterinar Pahang untuk aktivit-aktiviti kebajikan dan Sukan dan menjadi "Lead and Organizer" bagi menaikkan imej Jabatan.