SESI PROMOSI DAN PENERANGAN AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015 (AKTA 772)

30 Mac 2017 (Khamis) - Bertempat di Dewan Seminar,Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, telah diadakan satu sesi promosi dan penerangan tentang Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772). Sesi ini adalah dengan kerjasama Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya. EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Dato' Shafik Fauzan bin Sharif telah merasmikan Majlis ini yang dihadiri oleh Pengarah DVS Pahang YH Dato' Dr. Norlizan bin Mohd Noor , semua Pegwai Perkhidmatan Veterinar Daerah, Ketua Bahagian dan Unit, Makmal Veterinar Kawasan Kuantan dan Bahagian Penguatkuasa DVS Pahang. Wakil dari agensi lain turut hadir seperti dari PERHILITAN, semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pahang, Universiti Islam Antarabangsa dan Jabatan Perhutanan.

Semasa ucapan perasmiannya, YB Dato' Shafik berkata, Akta ini yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan merupakan satu langkah ke arah memastikan lima keprluan haiwan  dipenuhi. Antaranya keperluan persekitaran yang sesuai, diet yang sesuai dan keperluan dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan dan penyakit. Beliau juga menyarankan agar sesi sebegini dibuat diperingkat sekolah bagi memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kebajikan haiwan ini.

Dua orang pegawai dari Ibu Pejabat DVS Putrajaya telah menyampaian ceramah mereka iaitu YH Dato' Hj. Mohamad Radzuan bin Abdul Malek, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Veterinar Malaysia dan Dr. Saravanakumar a/l Supramaniam, Ketua Unit Kebajikan Haiwan. Majlis ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan sesi soal jawab bagi merungkai sebarang masalah dikalangan peserta.