Hari Keluarga 2017

MAJLIS MAKAN MALAM DAN HARI KELUARGA DVS PAHANG 2017

11-12 Mac 2017 (Sabtu - Ahad) - DVS Pahang telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Hari Keluarga 2017 di Perkarangan Ibu Pejabat DVS Pahang. Majlis ini adalah anjuran Kelab Veterinar Pahang (KVP) yang merupakan acara tahunan telah dihadiri oleh 193 orang ahli dengan keseluruhan hadirin berjumlah 710 orang. Majlis Makan Malam pada 11.3.2017 dimulakan dengan ucapan oleh YH Dato' Dr. Norlizan bin Mohd Noor yang juga pengerusi Kelab Veterinar Pahang. Seterusnya adalah penyampaian bantuan kepada ahli Kelab yang terlibat dengan banjir. Anak-anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan turut menerima sumbangan pada majlis tersebut. Disamping itu, hadiah-hadiah sukan yang diadakan sebelum hari keluarga juga disampaikan. Acara kemuncak ialah pertandingan akhir Bintang Karaoke KVP dimana 6 orang peserta berentap untuk menjadi juara dengan hadiah wang tunai RM300.00.

Pada hari ahad telah diadakan acara Sukaneka di Padang Kuarters DVS Pahang. Sebanyak 16 acara telah dipertandingkan melibatkan semua peringkat umur. Di sepanjang Majlis Makan Malam dan Sukaneka, cabutan bertuah bagi pelbagai hadiah telah dibuat. Sebanyak 7 hadiah utama menjadi rebutan. Diharapkan acara sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan anggota DVS Pahang tanpa mengira pangkat dan jawatan.