MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN MERAIKAN PESARA DVS PAHANG

17 Mac 2017 (Jumaat) - DVS Pahang telah mengadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan meraikan pesara di Dewan Makmur. Majlis ini telah dihadiri oleh Dato' Dr. Kamarudin bin Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Semua PPV Daerah, Ketua Bahagian dan Ketua Unit turut hadir. Pada majlis tersebut, seramai 15 orang anggota  telah menerima Sijil Penghargaan dan Sijil Simpanan Premium sebagai menghargai kecemerlangan mereka sepanjang tahun 2016 daripada YH Dato' Ketua Pengarah. Selain itu, majlis ini juga meraikan pesara dan bakal pesara yang bersara pada tahun ini.