MISI BANTUAN MAKANAN TERNAKAN KEPADA MANGSA BANJIR

Jan & Feb 2017 - Sepanjang bulan Januari dan Februari 2017 yang lalu, DVS Pahang telah mengagihkan makanan ternakan berupa PKP, PKC dan Silage kepada penternak-penternak yang ternakan mereka terlibat dengan bencana banjir. Sebanyak 146 bag PKP, 80 bag PKC (sumbangan GTR - Generasi Transformasi Ruminan) dan 333 bag Silage telah diagihkan di enam daerah yang terlibat iaitu Rompin/Muadzam Shah, Jerantut, Lipis, Pekan, Bera dan Kuantan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tanai, YB Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penternak di daerah Pekan. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dato' Dr. Kamarudin bin Md Isa turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada penternak di Daerah Kuantan. Selain itu, DVS Pahang juga turut memberikan sumbangan sebanyak 50 bag PKP kepada penternak di Daerah Dungun, Terengganu. DVS Pahang berharap, dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit masalah yang ditanggung penternak yang mana ternakan mereka telah terputus bekalan makanan akibat bencana banjir.