GOTONG ROYONG PERDANA DVS PAHANG

18 Januari 2017 (Rabu) - Aktiviti Gotong Royong Perdana DVS Pahang telah diadakan melibatkan semua anggota di Ibu Pejabat DVS Pahang, PPV Daerah Kuantan, Bahagian Pengautkuasa dan Makmal Veterinar Kawasan Kuantan. Ianya telah dimulakan dengan ucapan ringkas YH Dato' Dr. Norlizan bin Mohd Noor, Pengarah DVS Pahang diikuti dengan acara senam robik. Gotong royong dimulakan sebaik sahaja selesai jamuan ringan yang melibatkan kawasan sekitar seperti Makmal, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, PPV Daerah Kuantan, Bangunan Surau dan Kuarters Pegawai yang telah dijadikan stor barangan lusuh. Kuarters ini perlu akan dirobohkan bagi kerja-kerja pembinaan Jambatan ke dua ke Tanjung Lumpur yang jajarannya melalui kawasan tersebut.

Aktiviti ini selesai dalam pukul 12.30 tengahari dengan jamuan makan tengahari yang disediakan sendiri oleh anggota DVS Pahang. In Shaa Allah, aktiviti sebegini akan diteruskan di masa akan datang.