Lawatan YH Dato' Ketua Pengarah ke DVS Pahang

12.1.2017 (Khamis) - Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato’ Dr. Kamaruddin bin Md. Isa telah mengadakan lawatan kerja ke DVS Pahang. Ketibaan YH Dato’ Ketua Pengarah disambut oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dato’ Dr. Norlizan bin Mohd Noor dan anggota Jabatan yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Veterinar Daerah, Pengarah Makmal Veterinar Kawasan Kuantan, Ketua Penguat Kuasa DVS Pahang, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Unit.

YH Dato’ KP telah merasmikan Bilik Gerakan DVS Pahang yang baru. Majlis seterusnya ialah perjumpaan dengan anggota DVS Pahang. Dalam majlis tersebut YH Dato’ KP telah menyampaikan amanat yang menekankan kepada status semasa DVS dan projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di Negeri Pahang. Antaranya ialah mewujudkan Dairy Valley di Muadzam Shah dan Pekan sesuai dengan penekanan khusus kepada program tenusu dalam RMK 11. Selain dari itu juga Dato’ KP memaklumkan bahawa tahun ini akan dikuatkuasakan Akta Kebajikan Haiwan (Animal Welfare). Tujuan akta ini ialah untuk mengurangkan penganiayaan kepada haiwan dengan menetapkan penalti yang tinggi. Akta ini meliputi semua haiwan peliharaan kecuali haiwan liar.

Perkara lain yang dimaklumkan ialah usaha berterusan dalam kawalan penyakit dan kebajikan kakitangan. Selepas jamuan tengah hari, Dato’ KP telah dibawa melawat ke projek Lembu Tenusu dan Kambing kepunyaan En. Sadam di Indera Mahkota. Seterusnya beliau telah ke Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan di Bukit Dinding, Jerantut untuk meneruskan lawatan kerjanya di sana.