PERHIMPUNAN TAHUN BARU 2017 @ DWIBULANAN DVS PAHANG

05 Januari 2017 (Khamis) - DVS Pahang telah mengadakan Perhimpunan Tahun Baru 2017 @ Dwibulanan DVS Pahang. Ini merupakan perhimpunan sempena kedatangan tahun baru 2017 dan juga perhimpunan bulanan yang pertama untuk tahun ini. Perhimpunan ini akan diadakan setiap dua bulan sekali untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan DVS Pahang dan memantapkan lagi mutu kerja dan menghasilkan pencapaian yang lebih baik. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 170 orang anggota dari semua peringkat di Daerah, Pusat dan juga Ibu Pejabat melibatkan kakitangan Negeri dan Persekutuan.

 

YH Dato' Pengarah telah menyampaikan amanat tahun baru yang meliputi semua skop dalam DSV Pahang iaitu:-

  1. Pengurusan Kakitangan dan Jabatan
  2. Kebajikan Warga Veterinar
  3. Kawalan dan Pembasmian Penyakit
  4. Pembangunan Industri Ternakan
  5. Regulatori dan Jurispruden Veterinar

Pengisian lain majlis ini ialah  pengucapan awam oleh Dr. Afrah Alhana bt. Abu Kassim, bacaan ikrar dan penyampaian sijil penghargaan untuk beberapa kategori. Antaranya:-

  1. Tempat ke 2 PPVD terbaik Se Malaysia - PPVD Bera
  2. Kutipan hasil tertinggi 2016 (Pertama) - PPVD Jerantut (175%)
  3. Kutipan hasil tertinggi 2016 (Kedua) - PPVD Maran (127%)
  4. Johan Sukan Jabatan di Shah Alam pada 19 - 23 Ogos 2016 - Takraw Veteran dan Takraw Terbuka
  5. Naib Johan Sukan Jabatan - Bowling Lelaki Berpasukan

Pada majlis itu juga YH Dato' Pengarah telah menyerahkan buku log latihan dan kad tanda nama kepada semua anggota DVS Pahang.

Ucapan YH Dato Pengarah Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam Bacaan Ikrar Integriti
PPVD Bera Menerima Sijil PPVD Jerantut Menerima Sijil PPVD Maran Menerima Sijil
Pengucapan Awam oleh Dr Afrah Alhana PAsukan Takraw Terbuka Pasukan Bowling Lelaki