Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN

KAMI ANGGOTA

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PAHANG BERAZAM MANYEDIAKAN PERKHIDMATAN VETERINAR BERKUALITI KERANA:

TUGAS KAMI BERBAKTI UNTUK ANDA

  • Perkhidmatan Veterinar Proaktif akan disediakan mengikut temujanji dan jadual.

  • Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan akan dibuat tidak melebihi 3 hari dari tarikh dipohon.

  • Perkhidmatan rawatan di klinik Veterinar akan dilayan dalam tempoh 1 jam manakala di lapangan dalam tempoh 24 jam.

  • Khidmat nasihat dan perundingan untuk projek ternakan yang dipohon akan diberi maklumbalas awal dalam tempoh 7 hari.

  • Perkhidmatan Kesihatan Veterinar untuk pengeluaran permit, sijil, lesen dan kebenaran akan dilayani dalam masa 1 jam.

  • Maklumat Industri Ternakan yang dipohon telah tersedia akan diberi pada hari yang sama dan dalam tempoh 7 hari sekiranya memerlukan pengolahan.