Nilai Teras


NILAI TERAS

SABAR

SEPAKAT

SIAGA

SOPAN

SYUKUR

 

SABAR

Kekuatan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan:-

  • Bersabar dalam menghadapi masalah dan tenang dalam menangani tekanan
  • Membuat pertimbangan yang teliti sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan
  • Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi tekanan

SEPAKAT

Kerjasama dan saling muafakat supaya matlamat Jabatan dapat dicapai:-

  • Saling bekerjasama dalam kumpulan
  • Sanggup berkongsi, melindungi kepentingan bersama dan mengorbankan keuntungan peribadi demi kebaikan organisasi
  • Berganding bahu dalam menyelesaikan masalah
  • Bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti, produktiviti dan hasil kerja
  • Sedia menerima pandangan, nasihat dan mudah memaafkan kesalahan orang lain

SIAGA

Keadaan yang siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan meliputi kemudahan, prosedur dan fikiran:-

  • Sentiasa bersiap-sedia dalam menghadapi cabaran dalam organisasi
  • Sentiasa bersedia dan berupaya melaksanakan tugas yang diamanahkan
  • Mampu bertindak dan menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan
  • Mengadakan sistem komunikasi yang lebih berkesan dalam menghadapi sebarang kecemasan
  • Memiliki prasarana yang baik, berfungsi dan selamat dapat memberi keselesaan, produktiviti, kualiti dan menjamin kesiagaan organisasi

SOPAN

Perbuatan, tingkah laku dan perkataan yang lemah lembut yang menggambarkan keperibadian seseorang:-

  • Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas
  • Sentiasa menghormati diri sendiri, rakan sekerja serta pelanggan
  • Sentiasa mengamalkan sikap mesra dengan pelanggan yang datang berurusan
  • Sentiasa mewujudkan hubungan yang harmonis dalam kumpulan dan organisasi

SYUKUR

Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperoleh serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima:-

  • Menganggap kerja sebagai satu ibadah
  • Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain untuk kebaikan organisasi
  • Tidak bersikap sombong dan berbangga dengan pangkat yang dimiliki
  • Sabar dan tenang menghadapi masalah
  • Bersikap rendah diri, sentiasa mengucapkan terima kasih dan menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.