Akredetasi Ladang


1.    MAKMURBIF

2.    SKIM AKREDITASI LADANG TERNAKAN

 
Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) adalah berasaskan kepada pengamalan "Good Animal Husbandary Practicd", GAHP untuk ladang-ladang ternakan di Malaysia. SALT dilaksana sebagai pelengkap kepada Skim Akreditasi VHM (Veterinary Health Mark) rumah sembelih dan loji pemprosesanproduk makanan hasilan ternakan.

Perlaksanaan SALT berpandukan kepada GAHP yang terkandung dalam Program Kepastian Kualiti (Quality Assurance Programme, QAP) adalah sebagai jaminan kualiti kepada pengeluaran ternakan hidup termasuk lembu pedaging, lembu tenusu, ayam pedaging, ayam penelur, rusa,kambing, bebiri, babi dan lain-lain ternakan.

Logo SALT dianugerahkan kepada ladang-ladang ternakan yang telah diperakui memenuhi syarat-syarat dan kriteria akreditasi yang ditetapkan. Ia tertakluk kepada memenuhi kriteria QAP dan GAHP.

Ladang ternakan yang telah memperolehi logo SALT bermakna telah diperakui mengamalkan sistem perladangan ternakan yang baik dalam aspek pengurusan, kesihatan dan kawalan pencemaran serta bebas daripada penyakit-penyakit merbahaya. Ladang tersebut layak mengeksport ternakan ke luar negara.

3.    VETERINARY HEALTH MARK

 
Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar telah diwujudkan sejak tahun 1980 an lagi bagi memperkemas sistem pengesahan dan persijilan veterinar bagi hasilan ternakan dari ayam untuk tujuan eksport. Di bawah program ini semua loji-loji yang telah di akreditasi dianugerahlan Logo VHM (Veterinary Health MArk). Perlaksanaan program ini telah mendapat sambutan menggalakan dari pihak industri pemprosesan hasilan ternakan dan pengguna. Ternyata penganugerahan logo dapat menyingkatkan masa memproses dokumentasi eksport dari beberapa minggu ke beberapa hari sahaja. Oleh kerana sifatnya yang proaktif dan menjimatkan masa, program ini telah dicalonkan dan telah memenangi Anugeran Inovasi Sektor Awam Kerajaan Malaysia tahun 1995.

Logo VHM merupakan harta intelek Kerajaan mengikut tafsiran Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam, No. 5 tahun 1999. Berasaskan fakta ini, kerajaan mempunyai hak mutlak ke atas penggunaannya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) jugatelah diamanahkan tenggungjawab mengatur penggunaan komersil dan mencegah penyalahgunaannya, selaras dengan kuasa yang di perturunkan oleh Kerajaan. Logo VHM telah dikelasifikasikan sebagai "Certification Trade Mark" (Class 16, 29 and 44) di bawah "Trade Mark Regulation 1997" / "Trade Mark Act 1976".

Ke LamanWeb VHM