Pembakaan


Bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pengeluaran ladang anda, kami juga menyediakan perkhidmatan penambah baikan genetik. Perkhidamtan pembakaan yang kami sediakan ialah:

GEROMPOK NUKLEAS

1.    Lembu Nellore

  • Pusat Sumber Genetik Ternakan Ulu Lepar
 

Kami memelihara gerompok 100 induk dengan menggunakan baka yang diimport dari Brazil dan dibiak semenjak tahun 1985 di PSGT Ulu Lepar.

 

2.    Lembu Kedah Kelantan

 

  Lembu Kedah Kelantan tempatan ini telah dipilih dari ternakan yang menang dalam Pertandingan Ternakan di Jengka dan tempat lain serta dipelihara dalam gerompok induk 100 ekor semenjak tahun 1998 di Pusat Sumber Genetik ternakan Bukit Kajang, Raub.

3.    Barbados Black Balley

  Bebiri rerambut ini berasal dari Barbados dan dikacuk dengan baka Malin dan dipelihara  di Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang, Rompin.

Pegawai Pengelola Pusat Sumber Genetik Ternakan (PSGT)

PSGT

ALAMAT DAN NO. TELEFON

NAMA PEGAWAI

PSGT Ulu Lepar

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Ulu Lepar

Jalan Gambang

26020 Kuantan

Tel: 09-4780215

En. Muhamad Razali bin Mohd Shariff

PSGT Sepayang

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang

26800 Rompin

En. Mohamad Saufi bin Azmi

PSGT Bukit Kajang

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Bukit Kajang

26700 Raub

En. Mohammad Saifullah bin A'aksah

PINJAMAN BAKA

Kami juga ada menyediakan pinjaman baka kepada penternak yang telah menceburkan diri dalam industri ternakan ruminan terutamanya Lembu, Kambing dan Bebiri. Permohonan pinjaman baka boleh dibuat melalui Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kesesuaian projek dan jumlah ternakan yang sedia ada.

PEMERIKSAAN DAYA BIAK

Bagi membantu dalam pemilihan dan pembelian ternakan pembiak, pegawai profesional kami yang mahir boleh menyediakan Pemeriksaan Daya Biak dan persijilannya.

TEKNOLOGI PEMBIAKAN

  • Permanian Beradas
  Kami menyediakan penyuntik berpengalaman terutamanya dalam ternakan tenusu. Program penyeragam berahi juga disediakan atas permintaan.
  • Pemindahan Embrio (Embryo Transfer)

 

Pakar kami mampu menyediakan perkhidmatan pemindahan embrio kepada gerompok nukleas dan pembiak.