Program Jabatan


PEJABAT PENGARAH

  1. Menyediakan kepimpinan dan pengurusan Perkhidmatan Haiwan yang cekap dan berkesan di Negeri Pahang.
  2. Memastikan Negeri Pahang sentiasa bebas dari penyakit haiwan dan zoonotik untuk merangsang pelaburan dalam industri ternakan.
  3. Membangunkan industri ternakan yang bermapan dan berdaya maju untuk meningkatkan pengeluaran makanan dari hasilan ternakan.
  4. Memastikan makanan dari hasilan haiwan selamat untuk pengguna.
  5. Memastikan kebajikan haiwan dalam Negeri Pahang terpelihara.

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran bagi melaksanakan program Perkhidmatan Haiwan.
  2. Mengurus dan menyediakan tenaga kerja yang cukup, kompeten dan berdisiplin.
  3. Menguruskan kewangan yang teratur dan berhemah bagi peruntukan Mengurus dan Pembangunan serta kutipan hasil.

BAHAGIAN KESIHATAN VETERINAR

  1. Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit haiwan dan zoonotik.
  2. Menjalankan pembasmian penyakit spesifik berasas ladang dan gerompok untuk membangunkan zon bebas penyakit.
  3. Memastikan makanan daripada hasilan haiwan selamat, melalui pengawalan penyembelihan, pemeriksaan kesihatan serta seliaan rumah sembelih dan loji pemerosesan serta pemantauan residu.
  4. Mengawalselia pergerakan dan perdagangan ternakan agar mematuhi peraturan import eksport dan kuarantin.
  5. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang berkaitan serta menjaga kebajikan haiwan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN

  1. Merancang, melaksana, mengesan dan menilai pelaksanaan projek pembangunan ternakan dan perkhidmatan yang disediakan.
  2. Menyediakan perkhidmatan perundingan kepada pihak pelabur serta memberi bimbingan kepada usahawan yang terlibat dalam industri penternakan.
  3. Menjalankan pemantauan perkembangan industri ternakan ruminan, ayam / itik, aneka haiwan dan merangsang pembangunannya.
  4. Melaksanakan pembangunan dan pengurusan ladang ternakan dalam meghasilkan baka-baka ternakan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kualiti genetik.
  5. Melaksana dan menyelaras aktiviti latihan, pengembangan kepada pelanggan dan anggota jabatan.
  6. Melaksanakan usaha menarik pelaburan dalam bidang ternakan melalui penggunaan rezab haiwan dan mengoptimumkan sumber tanah estet di Negeri Pahang.


PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  1. Menyediakan perkhidmatan veterinar daerah yang cekap, berkesan dan proaktif untuk merangsang pertumbuhan industri ternakan.
  2. Melaksanakan projek pembangunan industri ternakan peringkat daerah disamping usaha pembangunan usahawan.
  3. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelanggan jabatan.
  4. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang di peringkat daerah.