Selamat Datang..

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negri Pahang. Pihak kami sedang dalam proses penambahbaikan laman web ini. Komen dan pandangan anda sangat-sangat kami harapkan untuk pemantapan laman web ini. 


PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN E-PERMIT 1 DAN E-PERMIT 2 DVS PAHANG

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan e-Permti1 dan e-Permit2 DVS Pahang akan ditutup buat sementara waktu mulai 23 Jun 2017 (Jumaat) hingga 30 Jun 2017 (Jumaat). Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula pada 3 Julai 2017 (Isnin)..Terima kasih


Sembelihan Di Rumah Sembelih Kerajaan 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang menasihati dan meminta penternak dan peniaga daging yang ingin menyembelih ternakan mereka agar menghantarnya ke Rumah Sembelih Kerajaan untuk tujuan sembelihan bagi membolehkan ternakan mereka diperiksa terlebih dahulu oleh pegawai kami sebelum di sembelih. Ini adalah untuk memastikan:

  1. Ternakan yang akan disembelih adalah bebas dari sebarang penyakit seperti Hawar Berdarah (HS) dan Penyakit Kuku dan Mulut (FMD)
  2. Daging yang dikeluarkan adalah bersih, selamat dan sesuai untuk dimakan.

Berikut adalah senarai Rumah Sembelih yang boleh dihubungi:-

Rumah Sembelih Kuantan

Peti Surat 177,

Km. 19 Jalan Gambang,

25270 Kuantan

Tel: 09-5381422

Faks: 09-5381422

Rumah Sembelih Lipis

Km. 7 Jln. Padang Tengku,

27200 Lipis

Tel: 09-3124867

Rumah Sembelih Raub

Jalan Krau

27600 Raub

Tel: 09-3550949

Rumah Sembelih Bentong

Lot 24 B, Kawasan Perindustrian Benus,

28700 Bentong.

Tel: 09-2221527

Rumah Sembelih Temerloh

Lot. 66, Kawasan Perindustrian Songsang,

28000 Temerloh.

Tel: 09-2772779

Rumah Sembelih Jerantut

KM 1 Jalan Jerantut-Benta

Jerantut


Pengeluaran Permit Oleh MAQIS

Bermula 1 Oktober 2013 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan mula menguatkuasakan pengeluaran permit tumbuhan, binatang, karkas ikan dan keluaran pertanian. Permohonan permit boleh dibuat secara atas talian bagi semua pengimport dan pengeksport yang berdaftar dengan MAQIS dan DagangNet Sdn. Bhd. Layari laman web MAQIS di www.maqis.gov.my untuk maklumat lanjut. 


Tempahan Ruang Kuarantin

Makluman kepada sesiapa yang berhasrat untuk membawa masuk sebarang jenis unggas dari luar negara melalui KLIA. Tuan/Puan dikehendaki membuat tempahan ruang kuarantin di Stesen Kuarantin Haiwan KLIA 14 hari sebelum tarikh pengimportan. Borang permohonan boleh didapati dari Stesen Kuarantin berkenaan. Pemohon yang lulus sahaja dibenarkan untuk membawa masuk unggas tersebut..Terima Kasih


 

 

 

DVS Negeri

icon kedah icon melaka icon n9 icon penang icon perak icon sabah icon selangor icon terengganu

Agensi Di bawah MOA
  1. 5.1.2017 - Perhimpunan Tahun Baru 2017 @ Dwitahunan DVS Pahang
  2. 12.1.2017 - Lawatan Kerja YH Dato' Ketua Pengarah DVS
  3. 18.1.2017 - Gotong Royong Perdana DVS Pahang
  4. Jan & Feb 2017 - Misi Bantuan Makanan Ternakan
  5. 11-12.3.2017 - Hari Keluarga DVS Pahang
  6. 17.3.2017 - Majlis APC dan Meraikan Pesara
  7. 30.3.2017 - Sesi Penerangan Akta Kebajikan Haiwan
  8. 5.4.2017 - Perhimpunan Dwibulanan Bil 2/2017
  9. 18.7.2017 - Jamuan Hari Raya 2017