Selamat Datang..

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negri Pahang. Pihak kami sedang dalam proses penambahbaikan laman web ini. Komen dan pandangan anda sangat-sangat kami harapkan untuk pemantapan laman web ini. 


Tempahan Ruang Kuarantin

Makluman kepada sesiapa yang berhasrat untuk membawa masuk sebarang jenis unggas dari luar negara melalui KLIA. Tuan/Puan dikehendaki membuat tempahan ruang kuarantin di Stesen Kuarantin Haiwan KLIA 14 hari sebelum tarikh pengimportan. Borang permohonan boleh didapati dari Stesen Kuarantin berkenaan. Pemohon yang lulus sahaja dibenarkan untuk membawa masuk unggas tersebut..Terima Kasih


Pengeluaran Permit Oleh MAQIS 

Bermula 1 Oktober 2013 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan mula menguatkuasakan pengeluaran permit tumbuhan, binatang, karkas ikan dan keluaran pertanian. Permohonan permit boleh dibuat secara atas talian bagi semua pengimport dan pengeksport yang berdaftar dengan MAQIS dan DagangNet Sdn. Bhd. Layari laman web MAQIS di www.maqis.gov.my untuk maklumat lanjut. 


Pendaftaran Syarikat Pengimport / Pengeksport Jabatan Perkhidmatan Veterinar 

Adalah dimaklumkan bahawa berikutan pengambialihan permohonan permit oleh pihak MAQIS bermula 1 Oktober 2013, mana-mana individu atau syarikat yang ingin memohon username dan password tidak lagi memerlukan surat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sebarang pendaftaran selepas ini tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran oleh pihak Dagangnet dan keperluan dari pihak MAQIS. 


Larangan Pengimportan Burung Daripada Negara China

Adalah dimaklumkan bahawa pihak China Animal Disease Control Centre, Veterinary Bureau, Ministry of Agriculture, China telah melaporkan kejadian wabak selsema burung (Highly Pathogenic Avian Influenza -H5N2) kepada OIE pada 21 Disember 2013. Wabak tersebut telah berlaku di ladang ayam komersial yang terletak dibahagian utara negara China iaitu di Hebei. Berikutan daripada kejadian wabak tersebut, pengimportan burung daripada negara China ke Malaysia adalah di gantung serta-merta bermula pada 26 Disember 2013 sehingga diberitahu kelak.

Perkhidmatan Kami

Penilaian Anda Terhadap Perkhidmatan Kami

1
12
Amat Memuaskan
(0)
2
8
Tidak Memuaskan
(0)
3
8
Memuaskan
(0)
4
8
Kuarang Memuaskan
(0)
5 Votes left
DVS Negeri

icon johoricon kedahicon kelantanicon melakaicon n9icon penangicon perakicon perlisicon sabahicon selangoricon tgganu

Agensi Di bawah MOA