PEMBAKAAN

Bagi membantu meningkatkan produktiviti dan pengeluaran ladang anda, kami juga menyediakan perkhidmatan penambah baikan genetik. Perkhidatan pembakaan yang kami sediakan ialah:

GEROMPOK NUKLEAS

1.    Lembu Brahman

Kami memelihara 100 induk Brahman tulen dengan menggunakan baka berdaftar yang diimport dari Australia sebagai gerompok nukleas yang dipelihara di Pusat Sumber Genetik Ternakan Tebing Tinggi, Jerantut

2.    Lembu Nellore

 

Kami memelihara gerompok 100 induk dengan menggunakan baka yang diimport dari Brazil dan dibiak semenjak tahun 1985 di PSGT Ulu Lepar.

       

 

3.    Lembu Kedah Kelantan

       

Lembu Kedah Kelantan tempatan ini telah dipilih dari ternakan yang menang dalam Pertandingan Ternakan di Jengka dan tempat lain serta dipelihara dalam gerompok induk 100 ekor semenjak tahun 1998 di Pusat Sumber Genetik ternakan Bukit Kajang, Raub.

4.    Barbados Black Balley

Bebiri rerambut ini berasal dari Barbados dan dikacuk dengan baka Malin dan dipelihara  di Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang, Rompin.

Pegawai Pengelola Pusat Sumber Genetik Ternakan (PSGT)

PSGT

ALAMAT DAN NO. TELEFON

NAMA PEGAWAI

PSGT Tebing Tinggi

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Tebing Tinggi

27000 Jerantut

Tel: 09-3010723

Kamarin b.Mansor

PSGT Ulu Lepar

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Ulu Lepar

Jalan Gambang

26020 Kuantan

Tel: 09-4780215

Zakaria b. Ismail

PSGT Sg. Jin

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Sg. Jin, Sg.Lembing

25200 Kuantan

Sulaiman b. Saad

PSGT Sepayang

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Sepayang

26800 Rompin

Mohd. Nasir b. Mohd Tahar

PSGT Bukit Kajang

Pengelola

Pusat Sumber Genetik Ternakan Bukit Kajang

26700 Raub

Ismail b. Bidin
PSGT Bebar

Pengelola

Pusat Sumber Genetik

Ternakan Bebar, Pekan

Zakaria b. Noh

 

PINJAMAN BAKA   

Kami juga ada menyediakan pinjaman baka kepada penternak yang telah menceburkan diri dalam industri ternakan ruminan terutamanya Lembu, Kambing dan Bebiri. Permohonan pinjaman baka boleh dibuat melalui Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah yang berhampiran. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kesesuaian projek dan jumlah ternakan yang sedia ada.

PEMERIKSAAN DAYA BIAK

Bagi membantu dalam pemilihan dan pembelian ternakan pembiak, pegawai profesional kami yang mahir boleh menyediakan Pemeriksaan Daya Biak dan persijilannya.

TEKNOLOGI PEMBIAKAN

Kami menyediakan penyuntik berpengalaman terutamanya dalam ternakan tenusu. Program penyeragam berahi juga disediakan atas permintaan.

Pakar kami mampu menyediakan perkhidmatan pemindahan embrio kepada gerompok nukleas dan pembiak.

LELONGAN BAKA

Kami juga menyediakan sebuah Pusat Pemasaran Ternakan di Jengka yang serba lengkap dan moden untuk tujuan lelongan baka. Baka-baka yang dilelong di pusat ini ialah Nellore, Brahman dan Kedah-Kelantan. Kesemua baka yang dilelong ini telah dibuat Pemeriksaan Daya Biak dan sesuai untuk dijadikan baka bagi menghasilkan anak yang bermutu.

Pusat Panggilan Perkhidmatan Veterinar JPH Pahang: 09-5149666