|
LAPORAN TAHUNAN 2005
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| PRAKATA
1. PENDAHULUAN
4. PERKHIDMATAN INDUSTRI TERNAKAN
6. DIARI 2005 7. PENGHARGAAN
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PRAKATAPada tahun 2005, nilaian pengeluaran hasil ternakan bagi Negeri Pahang telah melepasi RM300 juta. Ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan dan wajar diteruskan. Tugas dan tanggungjawab jabatan pula telah diluaskan dengan pewartaan Enakmen Perladangan Unggas 2005. Pelaksanaan enakmen ini dijangka akan merancakkan lagi pertumbuhan industri unggas yang teratur dan mesra alam. Usaha memperkukuhkan perkhidmatan veterinar diteruskan dengan siapnya bangunan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Bera. Pelanggan jabatan akan menerima sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih baik. Sementara itu minat para usahawan untuk menceburi industri semakin meningkat. Negeri Pahang dijangka akan menyaksikan pertumbuhan dalam industri yang lebih pesat dalam tempuh Rancangan Malaysia Kesembilan. Wassalam – Selamat Maju Jaya Dato’
Dr.Haji Mohamad Azmie Bin Zakaria DIMP,
SMP, AMN, AMP, PJK; Pengarah Perkhidmatan HaiwanNegeri Pahang
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sektor ternakan Negeri Pahang telah berkembang dengan pesat sepanjang tahun 2005. Ancaman penyakit Selsema Burung ( HPAI ) dan Penyakit Kuku dan Mulut ( FMD ) sepanjang tahun tidak menjadi penghalang kepada industri ini untuk terus berkembang. Pelaburan dalam bidang ternakan makin bertambah begitu juga permohonan untuk mengguna tanah rizab bagi aktiviti penternakan. Secara keseluruhannya sejumlah RM306 juta nilai pengeluaran komoditi ternakan telah dapat dihasilkan sepanjang tahun 2005 . Ianya meningkat 4.8% berbanding RM292 juta pada tahun 2004. Pengeluaran hasil komoditi ternakan juga meningkat 4.5% iaitu sebanyak 58,570 tan metrik pada tahun 2005 berbanding 56,065 tan metrik pada tahun 2004. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Komoditi unggas termasuk telur merupakan penyumbang terbesar iaitu 81% nilai pengeluaran hasil komoditi ternakan Negeri Pahang , 16% dari komoditi ruminan, 0.5% dari komoditi ruminan kecil dan 2.5% dari lain-lain komoditi seperti babi, puyuh, susu dan belulang.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pengeluaran Komoditi Ternakan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Daging
Ayam Pada
tahun 2005 hasil pengeluaran daging
ayam sebanyak 46,361 tan metrik dengan nilai di ladang RM213.5 juta
berbanding 44,032 tan
metrik dengan nilai di ladang RM 197 juta pada tahun 2004. Pengeluaran
daging ayam menyumbang 79% dari jumlah pengeluaran komoditi ternakan
pada tahun 2005 berbanding 78% pada tahun 2004. Peningkatan sebanyak 1%
pengeluaran daging ayam dari jumlah pengeluaran keseluruhan
komoditi ternakan Negeri Pahang. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kapasiti pemeliharaan ayam pada tahun 2005 meningkat 4% jika dibandingkan kapasiti pada tahun 2004 iaitu dari 5.1 juta ekor kepada 5.3 juta ekor pada tahun 2005. Daerah Bera merupakan daerah yang paling banyak memelihara ayam pedaging dengan 42 buah ladang yang berkapasiti 1.6 juta ekor ayam diikuti oleh daerah Kuantan iaitu 58 ladang dengan kapasiti 1.4 juta ekor bagi satu pusingan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Daging
Itik Pengeluaran daging itik sebanyak 113 tan metrik pada tahun 2005 berbanding 109 tan metrik pada tahun 2004. Terdapat tambahan pengeluaran daging itik sebanyak 2.9% pada tahun 2005 berbanding pengeluaran pada tahun 2004. TelorPada tahun 2005 sebanyak lebih kurang 123 juta biji telor telah dihasilkan iaitu 6.8 tan metrik dengan nilai RM33.85 juta berbanding pengeluaran telor ayam pada tahun 2004 sebanyak 122 juta biji bersamaan dengan 6.1 tan metrik dengan nilai di ladang RM30.56 juta. Hasil pengeluaran telur ini menyumbang 11% dari nilai pengeluaran hasil komoditi Negeri Pahang pada tahun 2005 berbanding sumbangan sebanyak 10.5 % pada tahun 2004. Terdapat sedikit peningkatan dari segi sumbangan pada tahun 2005 berbanding pada tahun 2004. Ladang ayam penelur terbesar terdapat di daerah Pekan mempunyai kapasiti 270,000 ekor ayam penelur dengan anggaran pengeluaran telur sebanyak 48 juta biji telur setahun. Hasil pengeluaran telur itik pada tahun 2005 sebanyak 352,000 biji iaitu 26 tan metrik sama pengeluarannya jika dibandingkan pada tahun 2004. Nilai hasil pengeluaran di ladang ialah RM110 ribu. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Daging
Lembu / Kerbau |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Pada tahun 2005 pengeluaran hasil daging lembu ialah 3,320 tan metrik dengan nilaian di ladang RM42.45 juta berbanding dengan pengeluaran hasil pada tahun 2004 iaitu 3,763 tan metrik yang bernilai RM48.11 juta. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 443 tan metrik dengan nilaian RM5.66 juta. Jika dibandingkan dengan nilai pengeluaran pada tahun 2004 ia menunjukkan penurunan sebanyak 11.8% pada tahun 2005. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Faktor penyumbang kepada pengurangan nilai pengeluaran ini ialah populasi ternakan lembu yang menurun pada tahun 2005. Populasi ternakan lembu pada tahun 2005 ialah 172,209 ekor berbanding pada tahun 2004 iaitu 195,184 ekor. Berlaku penurunan sebanyak 22,975 ekor iaitu 11.8% populasi ternakan lembu pada tahun 2005 berbanding tahun 2004. Antara faktor penyumbang kurangnya populasi ternakan lembu ini ialah perpindahan ternakan ke negeri lain seperti negeri Johor dan Terengganu bagi memenuhi keperluan projek pembangunan ternakan di negeri masing-masing . Selain itu faktor lain ialah proses tebang semula kelapa sawit di tanah rancangan Felda. Antara daerah yang menunjukkan penurunan ketara bilangan ternakan ini ialah daerah Pekan dan Bera. Wabak penyakit Kuku dan Mulut melanda Pahang bermula penghujung tahun 2004 sehingga tahun 2005 juga menyebabkan ternakan sukar dipindahkan dan proses jual beli terganggu. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pengeluaran
hasil daging kerbau pula ialah sebanyak 693 tan metrik dengan nilaian di
ladang RM7.36 juta pada tahun 2005 berbanding 816 tan metrik dengan
nilaian RM8.66 juta pada tahun 2004. Hasil daging kerbau juga menurun
pada tahun 2005 berbanding tahun 2004 iaitu sebanyak 123 tan metrik di
mana penurunan sebanyak 15%. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Populasi ternakan kerbau juga didapati menurun pada tahun 2005 jika dibandingkan dengan tahun 2004. Pada tahun 2005 populasi ternakan kerbau ialah 22,481 ekor dan pada tahun 2004 sebanyak 26,458 ekor . Terdapat penurunan sebanyak 3,977 ekor iaitu 15% jika dibandingkan populasi ternakan kerbau tahun 2005 dan tahun 2004. Ini juga merupakan faktor penyumbang kepada penurunan hasil pengeluaran daging kerbau pada tahun 2005. Penurunan ini antaranya disebabkan oleh wabak penyakit Kuku dan Mulut yang melanda Pahang pada tahun 2005. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Daging Kambing dan Bebiri |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Pengeluaran
hasil daging kambing pada tahun 2005 ialah 37 tan metrik dengan nilai
pengeluaran di ladang RM1.02 juta. Terdapat sedikit kenaikan
sebanyak 6 tan metrik iaitu 19% dari segi pengeluaran daging kambing
pada tahun 2005 berbanding 31 tan metrik pada tahun 2004 dengan nilai pengeluaran RM0.85 juta. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Populasi ternakan kambing pula meningkat pada tahun 2005 iaitu 27,140 ekor berbanding populasi pada tahun 2004 iaitu 22,705 ekor. Terdapat lebihan 4,435 ekor kambing iaitu 19.5% peningkatan pada tahun 2005 jika dibandingkan dengan tahun 2004. Bagi ternakan bebiri pula pengeluaran daging pada tahun 2005 ialah sebanyak 22 tan metrik dengan nilaian di ladang RM0.43 juta. Terdapat penurunan sebanyak 7 tan metrik daging kambing pada tahun 2005 iaitu sebanyak 35 % penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2004. Pada tahun 2004 pengeluaran daging bebiri ialah 29 tan metrik dengan nilaian di ladang RM0.59 juta. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Populasi
ternakan bebiri pada tahun 2005 sebanyak 7,429 ekor berbanding 10,007
ekor pada tahun 2004. Terdapat penurunan sebanyak 2,578 ekor iaitu 25.8%
jika dibandingkan populasi ternakan bebiri pada tahun 2005 dengan tahun
2004.
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Susu
Pada
tahun 2005 pengeluaran susu ialah sebanyak 423,605 liter iaitu 436 tan
metrik berbanding pengeluaran pada tahun 2004 iaitu 404,250 liter iaitu
416 tan metrik. Terdapat pertambahan sebanyak 20 tan metrik iaitu 4.8%
kenaikan jika dibandingkan pengeluaran susu pada tahun 2004.
Populasi lembu tenusu pada tahun 2005 ialah sebanyak 535 ekor dan pada tahun 2004 ialah 698 ekor. Penurunan sebanyak 23% dari segi bilangan lembu tenusu pada tahun 2005 dibandingkan dengan tahun 2004. Usaha untuk meningkatkan industri tenusu di Negeri Pahang dengan mewujudkan koloni tenusu di daerah Raub dan Bentong iaitu di Rizab Haiwan Sg Ketam, Raub serta Rizab Haiwan Gun dan Telebong di Bentong. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Daging
Babi Di
Negeri Pahang terdapat 2 buah ladang babi iaitu di Daerah Jerantut dan
Daerah Kuantan. Ladang babi di Daerah Jerantut dalam proses penutupan
sementara ladang di Kuantan tamat tempoh pemeliharaan pada penghujung
tahun 2005. Populasi
babi pada tahun 2005 ialah sebanyak 7,535 ekor berbanding pada tahun
2004 iaitu 7,808 ekor. Bilangan ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu
3.5% jika dibandingkan antara dua tahun
tersebut. Pengeluaran daging babi pada tahun 2005 ialah 746 tan metrik
dengan nilaian RM5.04 juta berbanding pada tahun 2004 iaitu 773 tan
metrik dengan nilaian di ladang RM5.22 juta.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Aneka Haiwan Pada tahun 2005 populasi puyuh menunjukkan pertambahan iaitu 51,500 ekor di mana 49,000 ekor puyuh pedaging dan 2,500 ekor puyuh penelor. Bilangan ini meningkat sebanyak 34,100 ekor iaitu 195% pertambahan jika dibandingkan dengan populasi puyuh pada tahun 2004. Daerah yang banyak bilangan puyuh ialah daerah Bentong. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pengeluaran telur puyuh menurun pada tahun 2005 iaitu 450,000 biji bersamaan 4.95 tan metrik berbanding pada tahun 2004 iaitu 684,000 biji telur bersamaan 7.52 tan metrik Pengeluaran telur berkurangan kerana pada tahun 2005 tumpuan lebih kepada puyuh pedaging. Selain daripada puyuh pada tahun 2005 juga terdapat 1,427 ekor arnab, 547 ekor rusa, 45 ekor kuda, 5 ekor burung unta, 50 ekor ayam belanda, 50 ekor angsa dan 80 ekor merpati. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelanggan JabatanPelanggan jabatan terdiri dari 6 kategori penternak, pedagang, pemeroses, penyedia perkhidmatan, pemelihara dan institusi. Sepanjang tahun 2005 pelanggan yang berdaftar adalah seramai 24,837 orang. Daripada jumlah tersebut 21,465 orang iaitu 86% terdiri daripada pemelihara , 11% penternak dan 3% yang lain-lainnya. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pelanggan berdaftar yang lain ialah penternak 2,654 orang, pedagang 407 orang, pemeroses 225 orang, penyedia perkhidmatan 39 orang, pemelihara 21,465 orang dan institusi sebanyak 47 orang. Pada tahun 2004 pula pelanggan berdaftar seramai 25, 092 orang. Pada tahun 2005 terdapat penurunan sebanyak 255 orang, terutama di kalangan pemelihara yang terpaksa menjual ternakan mereka ketika tanam semula sawit dan getah. Daripada jumlah pelanggan berdaftar , sejumlah 17,282 orang pelanggan yang menerima perkhidmatan pada tahun 2005 berbanding tahun 2004. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Daerah Temerloh mencatatkan bilangan pelanggan yang paling ramai menerima perkhidmatan iaitu 3,627 orang. Antara kategori pelanggan tersebut pemelihara merupakan kategori yang paling ramai mendapatkan perkhidmatan pada tahun 2005 diikuti oleh kategori penternak. Selain daripada itu seramai 1,711 orang pedagang, 1,230 orang pemeroses, 134 penyedia perkhidmatan dan 162 institusi juga menerima perkhidmatan pada tahun 2005. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 1: Kategori Pelanggan Negeri Pahang Tahun 2003 hingga 2005 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pelanggan berdaftar yang lain ialah penternak 2,654 orang, pedagang 407 orang, pemeroses 225 orang, penyedia perkhidmatan 39 orang, pemelihara 21,465 orang dan institusi sebanyak 47 orang. Pada tahun 2004 pula pelanggan berdaftar seramai 25, 092 orang. Pada tahun 2005 terdapat penurunan sebanyak 255 orang, terutama di kalangan pemelihara yang terpaksa menjual ternakan mereka ketika tanam semula sawit dan getah. Daripada jumlah pelanggan berdaftar , sejumlah 17,282 orang pelanggan yang menerima perkhidmatan pada tahun 2005 berbanding tahun 2004. Daerah Temerloh mencatatkan bilangan pelanggan yang paling ramai menerima perkhidmatan iaitu 3,627 orang. Antara kategori pelanggan tersebut pemelihara merupakan kategori yang paling ramai mendapatkan perkhidmatan pada tahun 2005 diikuti oleh kategori penternak. Selain daripada itu seramai 1,711 orang pedagang, 1,230 orang pemeroses, 134 penyedia perkhidmatan dan 162 institusi juga menerima perkhidmatan pada tahun 2005. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkhidmatan Veterinar merupakan perkhidmatan utama jabatan yang diberikan kepada pelanggan. Pada tahun 2005 perkhidmatan ini diberi melalui 11 buah Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah, 8 buah Pusat Perkhidmatan Veterinar, 8 buah Pusat Kawasan Tumpuan Sasaran, 2 buah Pusat Pembangunan Industri Tenusu, 7 buah Rumah Sembelih dan 7 buah ladang jabatan . Selain daripada itu perkhidmatan juga diberikan melalui Makmal Veterinar Kawasan Kuantan, Institut Bioteknologi Kebangsaan Jerantut serta Pusat Pemasaran Ternakan Jengka. Pusat operasinya di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan di Kuantan. Memang menjadi hasrat jabatan untuk sentiasa memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Usaha memperkukuhkan perkhidmatan diteruskan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam tahun 2005. Bangunan tambahan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2004. Pejabat Pengarah, Bahagian Kesihatan Veterinar serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah berpindah ke bangunan baru pada awal tahun 2005. Turut berpindah sama ialah Unit Latihan dan Sokongan serta perpustakaan. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Bera yang baru juga telah siap di tapak yang baru dan telah mula beroperasi pada bulan Mei, 2005. Perkhidmatan veterinar yang disalurkan melalui 47 buah pusat tersebut meliputi rawatan haiwan, penyiasatan penyakit, pemeriksaan kesihatan, lawatan terancang dan berjadual, kebenaran pindah, sembelih dan sebagainya. Pada tahun 2005 bilangan perkhidmatan yang diberi sepanjang tahun ialah 80,380 berbanding tahun 2004 sebanyak 88,793. Bilangan perkhidmatan paling banyak diberi oleh daerah Lipis iaitu sebanyak 14,018 perkhidmatan dan disusuli oleh daerah Pekan 10,581 perkhidmatan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 2: Bilangan Perkhidmatan Diberi Kepada Pelanggan Negeri Pahang Tahun 2002 hingga 2005 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkhidmatan Rawatan Perkhidmatan rawatan menyumbang 23% perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan yang terdiri daripada rawatan di klinik veterinar dan rawatan di lapangan. Pada tahun 2005 sebanyak 21,687 rawatan diberikan berbanding 15,576 pada tahun 2004. Sebanyak 7,956 rawatan diberikan di klinik veterinar pada tahun 2005 berbanding 7,021 rawatan pada tahun 2004 . Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13 %. Bagi rawatan di lapangan pula pada tahun 2005 sebanyak 13,731 rawatan dijalankan berbanding 8,555 rawatan pada tahun 2004. Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 62% jika dibandingkan rawatan di lapangan pada tahun 2004 dengan tahun 2005. Daerah Maran merupakan daerah yang paling banyak menjalankan rawatan ternakan berbanding daerah lain iaitu 6,966 rawatan di mana 305 rawatan di klinik veterinar dan 6,661 di lapangan. Antara faktor penyumbang kepada bilangan rawatan yang tinggi di lapangan ialah wabak penyakit Kuku dan Mulut yang merebak di daerah Maran pada tahun 2005. Klink Veterinar Kuantan pula menjalankan bilangan rawatan yang paling tinggi di klinik iaitu 2,450 rawatan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 3: Bilangan Rawatan Ternakan Negeri Pahang 2003 hingga 2005 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkhidmatan
Veterinar Proaktif Pada tahun 2005 terdapat seramai 62 orang pegawai pembimbing di negeri Pahang memberi bimbingan kepada penternak di lapangan. Bilangan pegawai ini bertambah jika dibandingkan pada tahun 2004 kerana pertambahan pegawai jawatan Pembantu Veterinar yang telah tamat berkursus dari Institut Haiwan Kluang seramai 18 orang. Sehubungan dengan itu bilangan peserta yang dibimbing juga meningkat kepada 464 orang pada tahun 2005 berbanding 424 orang pada tahun 2004. Bilangan lawatan juga menunjukkan peningkatan iaitu 1,545 lawatan pada tahun 2005 berbanding 1,361 pada tahun 2004. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| KESIHATAN VETERINAR | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kawalan
Penyakit Pada penghujung tahun 2005 berlaku sekali lagi penyakit Kuku dan Mulut yang telah melibatkan beberapa daerah di Negeri Pahang. Kali terakhir Pahang menghadapi wabak ini ialah pada Ogos 2004. Pengajaran yang diperolehi dari perkara ini ialah sekatan keluar masuk sahaja tidak dapat mengawal penyakit ini dari merebak. Aktiviti menyuntik vaksin penyakit Kuku dan Mulut diteruskan pada tahun 2005 dengan jumlah suntikan sebanyak 881 berbanding suntikan pada tahun 2004 sebanyak 14,760. Selain daripada itu wabak penyakit Selsema Burung ( HPAI ) juga telah berlaku di Negeri Kelantan. Ini telah meletakkan semua negeri di Semenanjung dalam keadaan berjaga-jaga terhadap wabak ini termasuklah Negeri Pahang. Aktiviti pemantauan ke ladang ayam seluruh Negeri Pahang telah ditingkatkan oleh daerah dan laporan dihantar setiap hari ke bilik gerakan HPAI di Kuantan. Seterusnya laporan yang sama dihantar ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Malaysia di Putrajaya pada hari yang sama. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kawalan Pergerakan Ternakan Pada tahun 2005 sebanyak 7,096 keping akuan kebenaran pindah telah dikeluarkan yang mana sejumlah 5,004 keping bagi pergerakan antara dan dalam daerah, 1,645 keping melibatkan pindah dari daerah ke lain-lain negeri dan sebanyak 447 keping bagi perpindahan masuk ke Pahang. Perpindahan banyak berlaku antara dan dalam daerah kerana pergerakan ternakan adalah terkawal disebabkan penyakit kuku dan mulut. Pada tahun 2005 sebanyak 9,228 keping akuan kesihatan veterinar (AKV) dikeluarkan. Dari jumlah tersebut 1,661 keping bagi pengeluaran AKV kerbau dan ia melibatkan sebanyak 3,697 ekor ternakan kerbau dan 6,006 keping bagi pengeluaran AKV lembu dan bilangan ternakan yang terlibat adalah sebanyak 31,735 ekor lembu. Pengeluaran selebihnya adalah bagi ternakan lain. Bagi pengeluaran Akuan Kebenaran Sembelih (AKS) sebanyak 3,772 keping telah dikeluarkan dalam tahun 2005. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,507 keping telah dikeluarkan untuk lembu yang mana melibatkan sebanyak 3,939 ekor. Sebanyak 1,013 keping untuk kerbau dan ia melibatkan sebanyak 1,647 ekor. Sejumlah 245 keping untuk babi dan ia melibatkan sebanyak 5,075 ekor. Selebihnya 6 keping untuk kambing dan melibatkan sebanyak 45 ekor dan 1 keping AKS untuk 1 ekor kuda. Pergerakan ternakan menjadi terhad dengan adanya wabak serta permintaan kepada ayam berkurangan dari pengguna kesan dari penyakit Selsema Burung . Permintaan ayam dari negeri Pahang datangnya dari negeri Terengganu dan Kelantan. Pengeluaran sijil kesihatan pula meningkat pada tahun 2005 iaitu sejumlah 9,228 keping jika dibandingkan dengan tahun 2004 iaitu sebanyak 8, 198 keping. Antara faktor yang menyumbang kepada meningkatnya pengeluaran sijil kesihatan adalah penguatkuasaan peraturan yang menetapkan setiap perpindahan dan pergerakan ternakan perlu diiringi dengan sijil kesihatan .
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Penyiasatan Penyakit | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
1. Penyakit Bruselosis |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dalam tahun 2005 sebanyak 12,365 ekor ternakan telah dibuat ujian bruselosis. Daripada jumlah itu sebanyak 247 ekor didapati positif bruselosis. Kadar seroprevalen adalah sebanyak 1.99% dan 138 gerompok telah diuji dan 17 gerompok didapati positif bruselosis. Mengikut program Kawalan Bruselosis Kebangsaan, setiap gerompok positif akan diuji setiap 3 bulan sehingga gerompok dikesan negatif. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pada setiap kali ujian dijalankan, semua ternakan akan diambil darah dan diuji dengan RBPT. Ternakan yang positif akan diasing singkir. Ternakan negatif akan diberi vaksin RB51. Bayaran pampasan sebanyak RM39,000.00 telah dibuat. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
2. Hawar Berdarah (HS) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Negeri Pahang kekal bebas dari penyakit Hawar Berdarah dan oleh itu sepanjang tahun 2005, tiada suntikan vaksin HS dijalankan. Keadaan bebas telah kekal selama 5 tahun di Pahang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
3. Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Keadaan penyakit Kuku dan Mulut - FMD di Negeri Pahang terkawal tetapi belum bebas kerana bilangan pembawa virus FMD adalah sangat tinggi. Ini disebabkan bilangan ternakan yang telah dijangkiti pada tahun 2004 adalah sangat tinggi (9,740 ekor) ternakan ruminan yang belum imun sentiasa sahaja boleh dijangkiti. Begitu juga bagi ternakan yang kurang imun terhadap FMD juga tinggi. Ternakan sedemikian mudah dijangkiti sekiranya berlaku pemindahan ternakan dari kawasan wabak. Survelan titer antibodi FMD dijalankan berterusan disepanjang masa. Semua ternakan yang akan keluar dari Negeri Pahang diwajibkan menjalani ujian darah. Sejumlah 6,642 sampel darah telah dihantar ke Makmal Veterinar Kota Bharu,
didapati sebanyak 50 positif terhadap jangkitan FMD. Kesemua ternakan
yang positif itu telah disembelih. Kawalan pergerakan ternakan masih lagi dijalankan. Pemindahan ternakan
dari kawasan wabak hanya dibenar ke kawasan wabak atau ke Rumah
Sembelih. Pemindahan
keluar ke negeri lain dibenarkan dengan beberapa syarat sepertimana yang
diarahkan oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan seperti :- - Ternakan perlu diuji FMD - Lori dicucihama dan ternakan diberi tanda pengenalan - Ternakan dikuarantin - Pemeriksaan fizikal wajib dijalankan sebelum pemindahan Program vaksinasi masih dijalankan dan sebanyak 1,010 ekor ternakan telah divaksin. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4. Penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pada
tahun 2005, pemantauan penyakit dan pengambilan sampel diteruskan.
Sebanyak 185 buah ladang pedaging, 27 buah ‘petshop’ dan 78 buah
premis burung walit telah dilawati dan sampel telah diambil. Kesemuanya
adalah negatif HPAI. Survelans melalui panggilan telefon juga dijalankan
dan sebanyak 128 buah ladang ayam telah ditelefon. Sehingga hari ini
Negeri Pahang masih lagi bebas HPAI. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5. Sampar Ayam (New Castle Disease) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Negeri
Pahang akan mewujudkan zon bebas ND di tiga daerah iaitu Pekan, Kuantan
dan Maran. Pemantauan kes kejadian ND dan pengambilan sampel akan
dipergiatkan lagi. Sebanyak 42 buah ladang pedaging, 15 buah ladang ayam
kampong dan 2 buah ladang penelur telah dilawati. Tiada kes ND
dilaporkan sepanjang tahun 2005. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6. Salmonellosis |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Program Salmonella Kebangsaan dijalankan serentak dengan program SALT ( Skim Akriditasi Ladang Ternakan ). Sebanyak 8 buah ladang ayam pedaging ( 787,400 ayam ), I buah ladang pembiak ( 142,400 ayam ) dan 7 buah ladang penelor ( 645,000 ayam ) telah diverifikasi. Kesemuanya negatif dan diberi sijil bebas Salmonella |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
7. Rabies |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sepanjang tahun 2005, sebanyak 1,909 ekor anjing telah dimusnahkan. Sebanyak 98 biji kepala anjing telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar ( VRI ). Sebanyak 5 kes gigitan anjing ditahan mengikut prosedur kawalan Rabies. Anjing tersebut dikuarantin selama 10 hari untuk pemantauan klinikal. Semua anjing bebas dari rabies diserahkan kembali kepada tuanpunya. Di Negeri Pahang aktiviti kawalan makhluk perosak beroperasi dalam 3 zon iaitu Zon Timur , Zon Tengah dan Zon Barat. Zon Timur terdiri daripada daerah Pekan, Rompin dan Kuantan. Zon Tengah pula meliputi daerah Temerloh, Maran , Bera dan Jerantut sementara Zon Barat pula daerah Lipis, Bentong, Raub dan Cameron Highlands. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah pemusnahan anjing liar. Jumlah peluru yang digunakan sepanjang tahun 2005 sebanyak 2,069 biji. Daerah yang paling banyak anjing liar dimusnahkan ialah daerah Bentong iaitu sekitar 26% dari jumlah keseluruhan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
8. Brusela melintensis |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pada
tahun 2005, sebanyak 2,098
ekor bebiri dan kambing telah diuji.
Seekor didapati positif dan ternakan tersebut telah dimusnahkan
berpandu prosedur Kawalan Penyakit Kebangsaan. Bagi penyakit Brusela
melintensis, daging ternakan yang positif tidak boleh dimakan kerana
zoonotik. Kadar bayaran pampasan adalah RM5.60/kg daging. Ternakan
tersebut perlu dimusnah dan di tanam. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
9. Penyakit Johne's |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penyakit
Johne’s menyebabkan ceret beret yang teruk, kurus dan akhirnya mati.
Sebanyak 413 ekor ternakan telah diuji dan keputusan adalah negatif. Di
sepanjang tahun 2005, tiada kes Johne’s dilaporkan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kesihatan Awam Veterinar |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kawalan Penyembelihan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pada tahun 2005 , sebanyak 39,578 ekor ternakan disembelih iaitu 35,110 ekor di rumah sembelih dan 4,436 ekor diluar rumah sembelih. Sebagai perbandingan sebanyak 39,546 ekor ternakan di sembelih sepanjang tahun 2004 iaitu 32,321 ekor disembelih di rumah sembelih dan 4,257 ekor di luar rumah sembelih. Terdapat sedikit pertambahan bilangan sembelihan di rumah sembelih pada tahun 2005 jika dibandingkan pada tahun 2004. Sembelihan di dalam rumah sembelih pada tahun 2005 melibatkan 3,385 ekor lembu, 1,564 ekor kerbau, 222 ekor kambing dan 29,939 ekor babi berbanding pada tahun 2004 iaitu 2,980 ekor lembu, 1,603 ekor kerbau, 218 ekor bebiri, 36 ekor kambing dan 32, 538 ekor babi. Jika diperhatikan terdapat peningkatan sebanyak 12% bilangan lembu yang disembelih pada tahun 2004 berbanding tahun 2005. Bilangan sembelihan diluar rumah sembelih pada tahun 2004 ialah 4,257 ekor iaitu 2,750 ekor lembu, 867 ekor kerbau, 39 ekor bebiri, 157 ekor kambing dan 6 ekor babi. Namun begitu bilangan ternakan seperti lembu, kerbau dan babi yang disembelih di luar rumah sembelih juga meningkat pada tahun 2005 berbanding pada tahun 2004 . |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Lembu meningkat 14 % iaitu dari 2,750 ekor pada tahun 2004 kepada 3,199 ekor pada tahun 2005. Bagi kerbau pula meningkat 4% begitu juga babi pada tahun 2004 sebanyak 6 ekor sementara 2005 pula 202 ekor. Bilangan ternakan untuk tujuan sembelihan adat dan keagamaan yang lazimnya dibuat di luar rumah sembelaih telah meningkat. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemeriksaan Loji Dan Daging Sepanjang
tahun 2005 sebanyak 27 lawatan pemeriksaan dilakukan ke atas loji dan
daging berbanding 22 pemeriksaan pada tahun 2004. Pemeriksaan Hasilan Haiwan Jabatan
juga membuat pemantauan ke atas daging beku import dan
telah dilakukan oleh Rumah Sembelih Kuantan.
Sepanjang tahun 2005 sebanyak
10,334 tan metrik daging beku dengan nilai CIF
RM54.64juta telah di bawa masuk dari India melalui Pelabuhan
Kuantan. Daging
beku import di atas menyamai lebih
kurang 57,414 ekor kerbau. Jumlah kuantiti pada tahun 2005 lebih tinggi
berbanding pada tahun 2004 yang berjumlah 7,861 tan metrik dengan
peningkatan sebanyak 31.5%
. Sepanjang
tahun 2005 sebanyak 5,351 ujian dilakukan oleh Makmal Veterinar Kuantan
bagi pengesanan bakteria dan residu antibiotik dalam hasilan
ternakan berbanding tahun 2004 iaitu 5,796 ujian.
Bilangan sampel yang dikendali oleh makmal sebanyak 971 merangkumi pengawasan import 595 sampel, eksport 280 sampel dan tempatan 96 sampel. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Industri Ayam Itik |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkembangan industri ayam di Negeri Pahang telah meningkat dengan pesat. Jumlah ladang ayam pedaging komersil telah bertambah dari 188 buah pada tahun 2002 kepada 200 buah pada tahun 2005. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Kapasiti ladang ayam juga meningkat dari 4.3 juta ekor pada tahun 2002 kepada 5.3 juta ekor pada tahun 2005 walaupun jumlah ladang menurun sedikit kepada 200 buah sahaja kerana terdapat penutupan ladang bersaiz kecil (kapasiti kurang dari 10,000 ekor) setelah tidak dapat bersaing. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Faktor
lain yang menyebabkan kurang pembukaan ladang baru kerana pihak bank
tidak bersedia meluluskan pinjaman untuk pembinaan ladang ayam yang baru
tetapi terus memberi perhatian kepada pembesaran ladang yang sediada.
Institusi kewangan sangat berhati – hati dalam industri ayam kerana
ancaman penyakit selsema burung secara global masih wujud.
Walaubagaimanapun perkembangan ladang ayam penelur masih lagi
rendah dengan kapasiti 0.64 juta ekor daripada 7 buah ladang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 4: Perkembangan Industri Ayam |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pengeluaran dan Permintaan Komoditi Ayam |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Berdasarkan
kepada kapasiti semasa dan andaian jumlah penduduk, purata pengeluaran
daging ayam 91% dan telur
ayam 28% berbanding dengan permintaan. Oleh itu potensi untuk menambah
pengeluaran komoditi ayam masih boleh dipertingkatkan, terutamanya untuk
pasaran ekspot. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 5: Pengeluaran dan Permintaan Komoditi Ayam |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemilikan Ladang |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penyertaan Bumiputera di dalam industri ayam Negeri Pahang adalah menggalakkan iaitu 59.5% dari keseluruhan jumlah pengusaha berbanding dengan bukan bumiputera yang memilih hanya 40.5%. Namun begitu kapasiti ayam yang dimiliki oleh bumiputera hanyalah 18.6% berbanding dengan bukan bumiputera 81.4%. Keseluruhan ladang ayam telur diusahakan oleh bukan bumiputera (100%). |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 6: Pemilikan Ladang (Ayam Penelur dan Ayam Pedaging) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jabatan
telah merancang menambah penyertaan bumiputera didalam industri ayam
Negeri Pahang dengan mengadakan “Projek Pembangunan Usahawan Ternakan
Ayam. Di
dalam pelaksanaan projek ini jabatan akan sewakan reban ayam yang dibina
kepada pengusaha ternakan ayam dengan syarat usahawan tersebut mengikat
kontrak dengan syarikat integrator yang telah dipersetujui bagi menjamin
pemasaran hasil. Lokasi
projek “Taman Pengeluaran Ayam” yang diselaraskan dengan konsep
Taman Kekal Pengeluaran Makanan, dicadangkan di Maran. Amalan
Perladangan Yang Baik (GAHP ) Pengusaha ternakan ayam diminta mengamalkan GAHP supaya pertumbuhan industri ini berkembang didalam suasana yang tidak mencemar alam sekitar dan tidak menimbulkan gangguan pencemaran kepada masyarakat sekitar. Kaedah GAHP mengandungi amalan aktiviti penternakan yang menekankan kebersihan dan pencegahan daripada berlaku perkara yang mendatangkan penyakit dan kerugian kepada ladang ternakan. Sesuatu ladang yang berjaya mencapai piawaian akan dianugerahkan “Sijil Akriditasi Ladang Ternakan” (SALT). SALT merupakan satu pengiktirafan jabatan untuk membolehkan hasil pengeluaran ladang dieksport keluar negara. Enakmen Enakmen
Perladangan Unggas 2005 Perladangan Unggas 2005 telah digazetkan di Negeri Pahang untuk mengamal dan menggalakkan perkembangan industri ayam secara positif. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Industri Ruminan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jabatan telah mengorak langkah memulakan satu pendekatan baru dalam pengurusan penternakan lembu pedaging melalui “ Penternakan Integrasi sistematik di tanah rancangan Negeri Pahang” . Majlis pelancaran Sistem Penternakan Integrasi Sistematik di Tanah Rancangan Negeri Pahang telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Pahang pada 22 September 2005 di Bandar Pusat Jengka. Melalui sistem ini penyusunan semula ternakan lembu pedaging dalam kawasan rancangan Felda dan Felda dibuat secara berperingkat dengan tumpuan keutamaan dikawasan penanaman semula kelapa sawit. Pada ketika ini sebanyak 70,473 lembu diternak di 418 kawasan tanah rancangan di Negeri Pahang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
- Skim Pinjaman Ternakan (SPT) |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jabatan
telah menerima sebanyak 315 permohonan untuk Skim Pinjaman Ternakan dari
semua daerah seperti di jadual:- |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dari
jumlah tersebut jabatan telah memproses permohonan dan meluluskan kepada
40 peserta melibatkan 880 betina dan 38 jantan.
Bagi tujuan ini jabatan telah membelanjakan sejumlah RM
991,210.00 dari peruntukan
perbelanjaan pembangunan dan sejumlah RM 71,077.50 dari
peruntukan perbelanjaan mengurus. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Bayaran balik pinjaman Tahun 2005 merupakan tahun penting bagi Skim Pinjaman Ternakan dimana pada tahun ini jabatan telah mula menerima bayaran balik bagi ansuran pertama Skim ini yang bermula pada tahun 2002. Sebanyak RM 41,237.57 telah diterima sebagai bayaran balik pinjaman dari peserta skim dan sebanyak 5 perjanjian SPT telah ditamatkan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
-
Projek Pembangunan
Kesejahteraan Rakyat ( PPRT ) Pada tahun ini jabatan masih meneruskan pemantauan kepada projek pada tahun 2004 iaitu di Rompin dan juga di Pekan. Projek di Rompin melibatkan ternakan lembu secara integrasi dengan bilangan peserta orang. Di Pekan melibatkan projek ternakan kerbau dengan bilangan peserta orang. Cara agihan melalui pemberian saham kepada setiap peserta. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
- Tanda Aras |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PIAWAI PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING NEGERI PAHANG TAHUN 2003 HINGGA 2005
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||