|
PRAKATA
1. PENDAHULUAN
Penyakit Kuku dan Mulut - Bruselosis - Hawar Berdarah - Johne’s - Tuberculosis ( TB ) - Brusella Melitensis - Meliodosis - Sampar Ayam ( ND ) - Avian Salmonellosis - Avian Influenza - Rabies - Nipah
Kawalan Penyembelihan - Pemeriksaan Loji dan Daging - Pemeriksaan Hasilan Haiwan
4. PERKHIDMATAN INDUSTRI TERNAKAN Pengeluaran dan Permintaan Komoditi Ayam - Pemilikan Ladang - Amalan Perladangan Yang Baik
Skim Pinjaman Ternakan ( SPT ) - Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) - Makmurbif
Perjawatan - Persaraaan Wajib/Pilihan
Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang
Peruntukan Pembangunan - Peruntukan Mengurus - Kutipan Hasil 7. PENGHARGAAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PRAKATA Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang telah diuji sepanjang tahun 2004 melalui cetusan wabak penyakit kuku dan mulut di Pekan. Penyakit itu kemudiannya merebak dengan pantas ke enam buah daerah. Dedikasi dan kesungguhan anggota jabatan dengan sokongan penternak dan peniaga, telah membolehkan penyakit ini dibendung dalam tempoh lapan bulan. Kejadian penyakit tersebut telah menjejaskan momentum pertumbuhan industri ruminan. Tetapi wabak tersebut telah mendedahkan beberapa kelemahan yang perlukan perhatian. Beberapa peraturan dan kaedah perlu dibangunkan yang diharap akan meletakkan industri ternakan di atas landasan yang lebih kukuh. Kejadian Highly Pathogenic Avian Influenza yang disebabkan virus H5N1 di sempadan negara pula telah menguji kesiagaan jabatan dan menjejaskan sedikit keyakinan pelabur. Namun begitu usaha meningkatkan keyakinan pelanggan melalui pengukuhan perkhidmatan veterinar diteruskan. Jabatan berbangga dengan siapnya pembangunan semula Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Jerantut dan siapnya baikpulih beberapa pusat veterinar lain. Kita berharap kemampuan penyampaian perkhidmatan kita akan terus meningkat. Sekian, wassalam Dato’ Dr. Haji Mohamad Azmie Bin Zakaria, DIMP., SMP., AMN., AMP., PJK. Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Industri ternakan menjadi komersil dan bersepadu sepenuhnya yang mengeluarkan hasil ternakan berkualiti bagi mencapai tahap saradiri negara dan eksport |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
MISI |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kami komited kepada pertumbuhan industri ternakan yang mantap bagi membekalkan makanan yang bermutu dan selamat dari hasilan ternakan untuk kegunaan negara dan eksport dengan menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti dari individu yang bermotivasi, mahir dan kreatif |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
OBJEKTIF |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
1.PENDAHULUAN Industri ternakan di Negeri Pahang telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran sektor pertanian dan seterusnya kepada ekonomi negeri dan negara sementara wabak penyakit Kuku dan Mulut pada tahun 2004 telah menjejas sedikit perkembangan industri ternakan di negeri ini. Namun pelaburan dalam bidang ternakan terutamanya dalam ternakan ayam terus meningkat. Di samping itu Kerajaan Negeri juga menyediakan tanah untuk diusahakan dengan aktiviti penternakan secara intensif |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Pada tahun 2004 pengeluaran hasil komoditi ternakan telah meningkat 5.9% kepada 56,065 tan metrik berbanding 52,932 tan metrik pada tahun 2003. Pecahan peratus nilai pengeluaran hasil komoditi ternakan tahun 2004 mengikut komoditi ialah 78% dari komoditi ayam/itik termasuk telor, 19%, dari komoditi lembu/kerbau, 0.5% dari komoditi kambing/bebiri dan 2% dari lain-lain komoditi seperti babi, puyuh, susu dan belulang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 1: Pengeluaran dan Nilai Pengeluaran Makanan Tahun 2003 dan 2004 Negeri Pahang |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Nilai pengeluaran ternakan juga telah meningkat sebanyak 27% dari RM292 juta pada tahun 2004 berbanding RM231 juta pada tahun 2003. Usaha memperkukuhkan perkhidmatan diteruskan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam tahun 2004. Pejabat Perkhidmatan haiwan daerah Temerloh dan Rumah Sembelih Jerantut selesai diubahsuai. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Jerantut telah siap dibina semula. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PENGELUARAN KOMODITI TERNAKAN Ayam dan Itik |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Industri penternakan ayam terus berkembang di Negeri Pahang di mana terdapat pertambahan bilangan ladang pada tahun 2004 menjadikan 205 buah berbanding 203 buah pada tahun 2003 dengan sebuah ladang pembiak Daripada 205 buah ladang, 106 buah ladang penternak kontrak bersama 11 syarikat integrator dengan kapasiti ternakan sebanyak 2.46 juta ekor. Ladang penternak individu pula sebanyak 99 buah dengan kapasiti ternakan 2.60 juta ekor. Secara keseluruhannya kapasiti ladang ayam juga bertambah 4.5% pada tahun 2004 iaitu 5.07 juta ekor berbanding 4.85 juta ekor pada tahun 2003. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Hasil pengeluaran daging ayam dan itik pada tahun 2004 ialah sebanyak 44.03 tan metrik dan ini merupakan 78% daripada jumlah pengeluaran hasil ternakan Negeri Pahang. Ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 4.% berbanding tahun 2003 iaitu 42,399 tan metrik. Nilai hasil pengeluaran juga meningkat kepada RM197 juta pada tahun 2004 berbanding RM162 juta pada tahun 2003. Terdapat 15 buah reban ayam tertutup pada tahun 2004 berbanding 10 buah pada tahun 2003. Kesedaran mengenai sistem penternakan ayam secara teratur dengan penggunaan teknologi moden serta mesra alam makin meningkat di kalangan pengusaha ternakan ayam. Ini akan lebih memudahkan hasrat kerajaan untuk menjadikan usaha penternakan ayam dijalankan secara teratur dan seterusnya dapat berkembang lebih pesat. Pada tahun 2004 terdapat 8 buah ladang itik di Negeri Pahang iaitu 3 buah ladang itik pedaging, 5 buah ladang itik penelor. Hasil pengeluarannya telah berkurang sebanyak 70% iaitu 109.82 tan metrik berbanding 366.98 tan metrik pada tahun 2003. Nilai pengeluarannya juga menurun iaitu RM0.59 juta pada tahun 2004 berbanding RM1.81 juta pada tahun 2003.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Lembu dan Kerbau |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Populasi ternakan lembu pada tahun 2004 di Negeri Pahang ialah 195,184 ekor berbanding dengan 170,000 ekor pada tahun 2003. Terdapat peningkatan sebanyak 14% jika dibandingkan dengan tahun 2003. Pahang merupakan negeri yang memiliki bilangan ternakan lembu terbesar di Malaysia. Ternakan lembu banyak dipelihara di daerah Bera, Rompin dan Pekan. Pengeluaran hasil daging lembu pada tahun 2004 adalah 4,579 tan metrik, peningkatan 11% dibandingkan dengan tahun 2003 iaitu 4,093 tan metrik. Namun begitu pengeluaran secara keseluruhannya meningkat sedikit sahaja jika bandingkan tahun 2002 dan 2003. Wabak penyakit kuku dan mulut yang berlaku sepanjang tahun 2004 telah menjejas produktiviti industri ini. Dari segi nilaiannya pula ianya menunjukkan peningkatan 43% iaitu RM57 juta berbanding nilai hasil pengeluaran tahun 2003 iaitu RM39 juta. Populasi ternakan kerbau pula meningkat sedikit pada tahun 2004 berbanding tahun 2003. Daerah Bera mempunyai bilangan yang tertinggi diikuti oleh daerah Temerloh. Dalam tahun 2004 pengeluaran daging kerbau adalah 816 tan metrik Jadual 2 : Bancian Ternakan RuminanTahun 2001 – 2004 Negeri Pahang
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kambing dan Bebiri |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pada tahun 2004 bilangan ternakan kambing di Negeri Pahang sekitar 22,705 ekor dan bebiri pula 10,007 ekor. Ternakan kambing banyak dipelihara di daerah Temerloh, Maran dan Pekan. Ternakan bebiri pula banyak dipelihara di daerah Pekan, Maran dan Kuantan. Terdapat pengurangan 5.43% dari segi bilangan ternakan kambing jika dibuat perbandingan antara tahun 2003 dan 2004. Bilangan ternakan bebiri pula bertambah sebanyak 1.58% dari tahun 2003. Pada tahun 2003 bilangan ternakan bebiri ialah 9,831ekor dan 10,007 ekor pada tahun 2004. Dari segi pengeluaran hasil kambing / bebiri juga berkurang 1 tan metrik iaitu 60 tan metrik pada tahun 2004 dan 61 tan metrik pada tahun 2003. Walaupun demikian nilai hasil pengeluaran pula meningkat kepada RM1.44 juta pada tahun 2004 berbanding 0.94 juta pada tahun 2003. Minat untuk menternak kambing secara berkurung dalam kandang semakin meningkat. Pengenalan baka Boer dalam kambing dan Barbados Black Belly dalam bebiri telah mencetus minat tersebut. Pengeluaran kambing / bebiri ini perlu dipertingkatkan dan ini dapat dilakukan melalui penglibatan pihak swasta dengan menjalankan pemeliharaan secara besar-besaran serta transformasi penternak tradisi ke arah penternakan secara komersil.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Lembu Tenusu |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Terdapat 698 ekor lembu susu di negeri Pahang. Daerah yang banyak terdapat lembu susu ini ialah daerah Jerantut dan Bentong. Jumlah susu segar yang dikeluarkan ialah 404,250 liter pada tahun 2004 berbanding 413,894 liter pada tahun 2003. Pembangunan koloni Tenusu di Bentong dan Raub mula menunjukkan kesan |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Babi |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Terdapat 2 buah ladang babi di negeri Pahang yang diberi lessen sementara di daerah Kuantan dan Jerantut dengan populasi 7,808 ekor. Bilangan ini meningkat 22% berbanding pada tahun 2003 iaitu 6,383 ekor. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Aneka Haiwan |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pada tahun 2004 terdapat 17,400 ekor puyuh, 1,136 ekor arnab, 550 ekor rusa, 247 ekor kuda, 193 ekor burung unta, 55 ekor ayam belanda, 40 ekor angsa, 150 ekor merpati di Negeri Pahang. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PELANGGAN JABATAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pelanggan jabatan terdiri dari penternak, pedagang, pemeroses, penyedia perkhidmatan, pemelihara dan institusi. Jumlah pelanggan berdaftar menunjukkan peningkatan di tahun 2004. Sepanjang tahun 2004 seramai 25,092 orang pelanggan berdaftar dengan jabatan. Ini merupakan peningkatan 21% berbanding pelanggan berdaftar pada tahun 2003 iaitu 20,783 orang.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 3: Kumpulan / Ketegori Pelanggan Negeri Pahang Tahun 2001 Hingga 2004 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Daripada jumlah tersebut 79% terdiri daripada pemelihara, 18% terdiri daripada penternak dan 3% terdiri dari pedagang, pemeroses, penyedia perkhidmatan dan institusi. Pendaftaran pelanggan bagi kategori pedagang meningkat 30% kepada 302 orang pada tahun 2004 berbanding 232 pada tahun 2003. Susulan kepada kejadian wabak penyakit kuku dan mulut, jabatan telah membuat perintah kawasan kawalan penyakit Kuku dan Mulut Negeri Pahang 2004. Dengan perintah tersebut semua peniaga ternakan atau peniaga daging diwajibkan mendaftar dengan jabatan yang menjelaskan pertambahan tersebut.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
2.PERKHIDMATAN VETERINAR
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkhidmatan veterinar merupakan perkhidmatan utama jabatan yang diberi kepada pelanggan. Negeri Pahang mempunyai 47 buah pusat perkhidmatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri, Makmal Veterinar Kawasan Kuantan, Institut Bioteknologi Kebangsaan Jerantut, Pusat Jualan Ternakan Jengka dan juga 11 buah Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah, 8 buah Pusat Perkhidmatan Veterinar, 2 buah Pusat Pembangunan Industri Tenusu, 7 buah Rumah Sembelih, 7 buah ladang jabatan serta 8 buah TAC. Perkhidmatan veterinar disampaikan melalui pusat-pusat tersebut meliputi rawatan haiwan, penyiasatan penyakit, pemeriksaan kesihatan, lawatan terancang dan berjadual, kebenaran pindah, sembelih dan sebagainya. Bilangan perkhidmatan yang diberi sepanjang tahun 2004 ialah sebanyak 88,793 berbanding 47,503 pada tahun 2003. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 87% akibat dari kejadian wabak yang berlaku.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 4: Bilangan Perkhidmatan Diberi Kepada Pelanggan Negeri Pahang Tahun 2001 Hingga 2004 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PERKHIDMATAN RAWATAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Perkhidmatan rawatan terbahagi dua iaitu rawatan di Klinik Veterinar dan juga rawatan di lapangan. Sepanjang tahun 2004 sebanyak 7,024 rawatan yang diberikan di Klinik Veterinar berbanding 6,696 rawatan pada tahun 2003. Bagi rawatan di lapangan sebanyak 8,555 rawatan pada tahun 2004 berbanding 6,441 rawatan di tahun 2003. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 33% jika dibandingkan dengan tahun 2003. Faktor penyebab peningkatan rawatan di lapangan ialah wabak penyakit Kuku dan Mulut sepanjang tahun 2004. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Jadual 5: Bilangan Rawatan Ternakan Negeri Pahang Tahun 2001 hingga 2004 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||